Hmmm…
Nak cerita apa ya? Kalau cerita tentang cita-cita, mungkin bosan kot. Jadi, apa kata kalau saya ceritakan tentang jawatan saya. Ok tak? Jadi, jangan peliklah kalau saya ‘update’ blog ni guna Bahasa Malaysia ye. Ok, the story begins...

Saya pegang
jawatan sebagai BADAR kat sekolah. Sekolah mana? Adalah satu sekolah kat Kajang
tu.
Ermm.. BADAR
tu apa? Apa? Korang tak tau apa maksud BADAR ke? Mesti korang semua tau, kan.
Kalau korang jawab perang Badar, jawapan korang betul. Kalau korang jawab batu
Badar pun betul. Apa kebenda batu Badar tu? Ada ke? Anda boleh 'search' kat google. Tapi, bukan itu yang saya nak
ceritakan, sebaliknya saya nak ceritakan tentang Badan Dakwah dan Rohani atau
lebih dikenali sebagai BADAR.
Pada mulanya,
saya tak nak jadi BADAR. Kalau boleh tak nak pun pegang apa-apa jawatan sebagai
badan kepimpinan. Sebab apa? Kerana kat Akhirat kelak, kita akan disoal tentang
orang yang berada di bawah pimpinan kita. Tapi, akhirnya saya tukar fikiran setelah
dipujuk untuk sertai BADAR. Huh! Korang fikir saya jadi BADAR sebab kena pujuk
ke? Tak lah. Nak tau ke apa sebabnya? Oklah, salah satu sebabnya ialah BADAR dapat
memudahkan saya untuk melakukan kerja dakwah.
Mesti dalam
kalangan korang ada yang berkata, “Ya ke kau berdakwah? Aku tak nampak pun.”
Hey, please ya. Please jangan anggap berdakwah tu hanya dengan cara bercakap,
ok. Berdakwah boleh juga melalui perbuatan. Boleh juga melalui tauladan. Jadi, jangan mengata orang lain sebelum kita tengok diri kita dulu, ok. Semut kat seberang nampak, gajah yang kat depan mata tak nampak.Tapi, rasa-rasanya mesti ada antara kalian yang fikir bahawa adakah saya ni menunjukkan teladan yang baik? Entahlah. Saya pun tak tau. Saya ni bukannya suka nak pura-pura baik depan orang ramai pun. Saya lebih suka kalau saya buat baik tapi orang lain tak tahu.
Ok, sambung
cerita. Pada mulanya saya hanya ahli biasa saja dan saya termasuk dalam lujnah
ibadah. What the? ‘lujnah ibadah’? Muhammad Nasrul Azim – also a newby - pula
menjadi ketua lujnah Ibadah. Baguslah tu. Tanpa berbekalkan apa-apa pengetahuan
tentang BADAR punya kerja, saya - (apa pulak saya, ‘kami’ lah) , ok fine –
Tanpa berbekalkan apa-apa pengetahuan tentang BADAR punya kerja, KAMI - (dah
puas hati ke belum?) – KAMI mengadakan perbincangan. Wow, tak sangka saya akan
berbicara dengan cara yang agak ‘serius’ (mungkin). Tak nak cerita pasal tu
sebenarnya. Ada cerita lain lagi, jangan risau.
Setelah
beberapa hari dan minggu juga bulan,
Pada suatu hari, si Nasrul Azim ni pun bagitau lah kat saya
yang dia tak mampu nak pegang jawatan sebagai ketua. Dia kata dia tak buat
kerja pun. Ya ke? Nak disingkatkan cerita, pada satu malam pula, Amirul Hafizi,
ketua BADAR (Opss silap! CALON ketua BADAR), Hafizi tiba-tiba bagitau kat saya
yang saya akan menjadi ketua lujnah Ibadah atas faktor yang telah diceritakan
tadi. Wow, saya terkejut. Ok, tak sangka yang Nasrul Azim betul-betul maksudkannya
dan kini saya yang menjadi ketua dia. Haishh.. Eloklah tu, daripada ada dua
ketua (Hafizi dan Nasrul) kepada sorang je ketua (Hafizi).
Kalau nak difikirkan semula, kerja apa yang telah saya
lakukan? Hmmm… Entahlah. Macam takde apa-apa je. Moleklah tu, mula-mula Nasrul
kata dia tak nak jadi ketua sebab dia rasa tak buat kerja, dan kini saya pulak
kata yang saya tak tahu kerja apa yang saya dah buat.
Pasrah dan berserah sajalah.
Diharapkan sesiapa yang baca ni, janganlah tiru gaya bahasa ni dalam karangan (kecuali karangan cerita), dan tak payahlah nak sebar-sebar sangat cerita ni pada kawan korang. Kalau korang sebar pun, bajet kesah pulak. ß Ceh, ayat agak gangster. Gangster? Entahlah. Don’t care. Kalau ada salah ‘spelling’ , tolonglah betulkan ye. Maaflah ye kalau ada sesiapa yang terasa atau sakit hati dengan pos ni.
Salam kasih sayang dan selamat bergembira semua.